Hai semua. info ini sangat sangatlah penting untuk bakal bakal pengantin. Inai ni adalah salah satu penyeri pengantin. Memang tak dapat lagi nak dinafikan, kalau dulu kita biasa lihat pengantin akan berinai hujung jari kaki dan tangan shj, sekarang dah ada option lain untuk inai lukis.
Saya sebagai pengukir inai amat menitikberatkan tenang hasil ukiran inai, sebab pengantin nak gunakan servis kita untuk hari bahagia mereka, takkan lah dengan hasil ukiran yang cincai je kita nak bagi pengantin untuk hari perkahwinan mereka kan ? mesti kita pun nak naikkan bisnes kita, so kena lah pandai jaga cust. betul tak?
Sebelum saya cerita tentang tips penjagaan inai, saya nak share pesanan dulu untuk bakal bakal pengantin yang dah booking untuk slot berinai.
Kepada bakal pengantin, sila alert ye. :)
- Saya nak bila saya sampai, saya terus inaikan pengantin dahulu.
- Pastikan kaki dan tangan bersih tanpa sebarang lotion.
- Pastikan pengantin dah ready untuk berinai (tiada apa apa kerja)
- Pastikan juga pengantin dah SOLAT, MANDI DAN MAKAN
- Pakai seluar yang ketat dibawah kalau berinai kaki.
- Yang bertudung, pakai ye sebab nanti nak snap gambar.
- Sila selesaikan Balance BAYARAN (jika ada) inai padahari berinai (CASH) No bank in bank in okey.
- Mesti ada dirumah ye ( saya tak boleh tunggu awak kalau dari kedai/butik/beli barang dan lain lain.
ingat kalau awak buat saya tunggu lama, anda akan saya kenakan panalti
( EXTRA CHARGE akan dikenakan) & akan effect slot berinai utk pengantin lain
(masalah yang paling besar )
( EXTRA CHARGE akan dikenakan) & akan effect slot berinai utk pengantin lain
(masalah yang paling besar )
Sila berikan kerjasama jika taknak muka saya jadi alien semasa berinaikan awak. hehehe.
okey saya teruskan dengan tips penjagaan inai.
- Lepas ukir tunggulah kering dulu, kemudian kupas je inai tu, bukan basuh guna air and siap sental lagi. haa. jangan buat macam tu sebab confirm2 inai akan pudar dan hilang.
- Pastikan juga sebelum nak ukir inai tu, pastikan ye tangan anda bersih tanpa lotion. sebabnya lotion ni dia ada bahan kimia. jadi nanti ukiran tersebut tidak berapa nak lekat pada kulit anda, dan ukirana tersebut boleh juga mengembang. Makesure ye bersih tangan tu kalau nak cantik.
- Andai kata minggu punya majlis berinai, still ada lagi inai tersebut, tolong bersihkan dengan sebersih bersihnya sebab kalau double ukiran inai, inai tersebut tidak akan letak sepenuhnya pada kulit.
- Selepas siap ukir, jangan gatal gatal tangan tu korang sental masa mandi. Kena air tu boleh je, Tak jadi sebarang masalah pun, cuma jangan disental lagi. dah sental siap letak sabun lagi tu, hahaha confirm inai akan pudar dan cepat tanggal.
Ingat ye sayang sayang semua. Ini inai yang bersifat sementara sahaja, inai ini bukan bersifat kekal yang boleh tahan lama pada kulit kita.
Inai ni sangatlah sensitif dengan bahan kimia :-
- Losyen kulit
- syampoo
- sabun mandi
- sabun pencuci baju
- sabun pencuci pinggan dll
Kalau rasa kulit tangan tu kering, boleh gantikan dengan gel alovera or essential baby oil. beli je kat watson. banyak sangat pilihan.
Apa guna bayar mahal mahal tapi tak pandai jaga. :)
Bagi yang mencari pengukir inai area Kuala Langat Selangor,
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Call or Whatapps : 01126529347
Instagram : @edahennaart
Page Facebook : @edahennaart
Wechat : eyda_aiman93
Ps: For fast respond, sila whatapps saya di 01126529347
Terima kasih daun keladi.
Ps: For fast respond, sila whatapps saya di 01126529347
Terima kasih daun keladi.
No comments:
Post a Comment