Alhamdulillah. Daripada hobi, terus jadi kepada punca pendapatan. Siapa jangka saya seorang yang kasar, tangan serupa kayu, masa sekolah paling tak minat subject seni. Paling tak suka seni, Kalau lukis bunga mawar jadi bunga tayar. Hahaha. kelakarkan.
Hari ni saya nak share sedikit tentang diri saya. Hai semua.. Nama saya Suhaidah Sulaiman. Suka dikenali dengan nama Eda. ade je yang panggil Sue, Adah, Aida, Odah, Choy, Along....
Haaaaa kenapa along ?? Bukan disebabkan anak sulong, cuma zaman belajar umur paling tua dari yang lain. hahaha.
Bukan tua apa pun. Tua bulan je, Saya berumur 24 tahun, Sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan baby. InshaAllah ada la tu nanti. hehehe saya paling bungsu dari 6 orang adik beradik,
Saya berkelulusan Diploma in Engineering Electronic Computer haaaa. Memang tersasau bidang ke seni ukiran inai ni. hahaha. Dan saya juga pernah bekerja di semiconductor company sebagai technician mechanical. Haa lagi la tersasau. Hahahaha.
Mula minat saya dalam seni ukiran inai ni dah lama. Tapi minat je laaa.. Bukan pandai pun ukir ukir inai ni. Selalu masa skolah rendah, Dapat inai je conteng conteng kat tangan, kaki, peha, betis, tut tut, ehh tak de lah.hehe, Masa tu mengukir pun buruk ya rabbi. hahaha. Memang haih laaaa. Pastu main inai mcm tu je laa.
So nak di jadikan cerita, 1/8/2015 saya terpaksa tamatkan pekerjaan saya sbg technician disebabkan kena ikut husband pindah ke terengganu. Misi mencari keja kat sana terbatas sebab tak sesuai dengan qualification yang saya ada. Lagi pun dorang tanak terima yang dah berkahwin. WTFish,. Habis tu orang yang berkahwin tak payah kerja ? err.
Saya start pegang inai balik dengan seriousnya pada bulan3 2016. Haa kauu... Dalam tempoh sebulan je saya bagi pada diri saya untuk belajar sendiri dan terus buka booth. Jenuh jugak lah saya belajar sendiri, Habis lah satu badan saya conteng, Hahahahahhaa
Nak tak nak dah tekad nak belajarkan. Benda ni susah bila kita dah set mind kita susah. Seriously memang takkan jadi. Dari situ saya search tentang hukum ukiran inai, fatwa, ustaz ustaz, dan macam macam lagi sumber. Alhamdulillah. hukum inai adalah harus. jangan pandai pandai meletakkan hukum inai sendiri. next blog saya akan share tentang hukum ukiran inai.
Saya mintak support dari suami saya, Then akhirnya tak sampai sebulan, hujung bulan 3 tu jugaklah saya buka booth di benteng chukai. Saya join CBS kat sana. Dan dari situ la saya lebih improve kan hasih ukiran saya.
Orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih. Percayalah, Usahalah, InshaAllah ianya akan membuahkan hasil. :)
Dan akhir nya saya punya bisnes maju di Kemaman Terengganu. Alhamdulillah. Ramai yang booking utuk slot berinai pengantin. Best sangat. Sambutan menggalakkan. Hasil seni saya pun makin kemas, Alhamdulillah. Berkat doa dari mak abah and suami. Alhamdulillah.
Tapi bisnes saya jatuh bila saya kena pindah ke Selangor akibat masalah tertentu. Dan saya slow slow up kan balik bisnes saya. Alhamdulillah. bisnes saya pun makin maju hingga sekarang. Alhamdulillah ya rabbi.
Ingat walaupun dimana kita berada, Rezeki tu tetap ada untuk kita. Sabar, Usaha. InshaAllah rezeki tak pernah salah alamat. Betul kata orang bukan selamanya kita dibawah. kehidupan kita ni ibarat roda. Kejap kita dibawah dan kejap kita diatas. cuma satu je pesanan sentiasalah bersyukur dengan nikmat kurniaan dari Allah S.W.T, amin.
Bagi yang mencari pengukir inai area Kuala Langat Selangor,
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Call or Whatapps : 01126529347
Instagram : @edahennaart
Page Facebook : @edahennaart
Wechat : eyda_aiman93
Ps: For fast respond, sila whatapps saya di 01126529347
Terima kasih daun keladi.
Ps: For fast respond, sila whatapps saya di 01126529347
Terima kasih daun keladi.
No comments:
Post a Comment